Korg nk tau x??? HUKUM asal tok perhiasan sama ada yang ade kt tubuh badan, pakaian or tmp kitet tinggal sebenar nye halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
satu contoh nyer perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Ramai da remaje zaman skg ni yg amalkan.Konon bergaye la.
Org Melayu kt Malaysia dr dulu mmg da amalkan tindik2 ni, tp terbatas kt bhgian telinga jew. Tp, masa skg da merubah segala dengan bekembang nye technology n pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. even kaum laki pown de gak yg buat tindik2 ni.
Sebenarnye, amalan bertindik ni da de sejak zaman Rasullullah SAW ag aw.
Diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Abbas katanya: “Pada suatu hari raya, selepas Baginda Nabi SAW solat dan berkhutbah, Baginda menuju ke kawasan perempuan dan memberi tazkirah khas kepada golongan wanita. Sambil Baginda SAW menyeru supaya mereka semua bersedekah. Ibn Abbas mengatakan bahawa: Aku melihat mereka mengisyaratkan kepada telinga mereka dan leher mereka. Lalu menyerahkan (barang perhiasan mereka) kepada Bilal.”
Dlm hadis ni, isyarat yang diberikan kt kaum hawa (sahabiyyah) berkenaan adalah anting-anting. 2 da mmg perhiasan yg sume owg da tau sejak dari zaman awal Islam dan perhiasan ni mmg tok wanita jew.
sebab itulah golongan lelaki dilarang menindik telinga dowg sbb beertindik ni da jelas2 menyalahi kebiasaan perhiasan bagi lelaki. Lelaki yg menyerupai wanita dgn mengenakan perhiasan wanita adalah suatu yang dilarang dalam Islam.
2 bru tndk telinge. Cmne lak yg tindik kt tmpt slaen telinge? zaman nabi and salafussaleh dlu xpnh pown dgr tindik slaen dr telinge. Tp 2 still xbermkne kte boley tndk kt bhgian yg laen.
Even xde bincangkan secara khusus dalam nas jelas, tp perkembangan fiqh Islam tetap berkembang dalam menjawab setiap persoalan baru yg timbul hasil ijtihad ulama semasa.
Islam mendatangkan kaedah umum dalam etika berhias antaranya perhiasan yg kte pkai mestilah x mggmbarkan seolah-olah kte meniru atau menyerupai orang kafir dan golongan fasik.
Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang menyerupai suatu golongan itu, maka ia tergolong daripada golongan berkenaan.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dari Ibnu ‘Umar)
Dilarangan keras thadap perbuatan meniru orang kafir sama de dlm ucapan, perbuatan, pakaian, perayaan dan ibadah.Bkn jew mengkhususkan kepada menyerupai orang kafir, termasuk meniru perbuatan orang fasik (iaitu orang yang biasa melakukan maksiat).
Da nmpk cgt,bertindik slaen kt telige bkn la contoh dr golongan owg yf soleh n solehah. 2mmg budaye -ve remaja2 kt Barat yg sah2 jaoh dr budaya tatasusila seorang Muslim. Islam sndr melarang kte tiru gaye budaya laen klu xde manfaat/kebaikan.
Nk tmbh ag ckit! menyeksa diri dan dibuktikan boley bg side effect kt kesihatan tubuh badan kte dan mampu mendekatkan pelaku dengan jangkitan penyakit seperti Hepatitis B.
masalah tindik dah pown dijelaskan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam yg menyatakan perbuatan berhias secara pelik dan berlebih-lebihan cm tindik kt anggota badan selain cuping telinga adalah dilarang oleh Islam.
Selain bertindik, rmai gak remaje yg buat tatu kt bdn diowg. n klu kte tgk cm perbuatan itu xsalah dlm Islam. Mengukir sesuatu kt badan sendiri dgn melakar corak atau bentuk tertentu smpai mnyebabkan kesakitan sbb diowg akn ase puas.
Ade gak yg bgge die ade tatu kt badan smpai menunjuk2 kt org rmai, padahal die tgh bawak imej seorg Muslim.
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan, bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah SAW.
Bagi cpe yg da terpesong 2, n nk kmbli ke jln Allah mst akn timbul soklan cmni.
"cmne ak nk hilangkn tatu ni??"
ade segelintir yg sekse tubuh badan sndr semata-mata nk hlgkn tatu smpai ae yg sggp gune iron bj 2 aw.
mmg betol taubat 2 boley hlgkan dose, tp de la care nyer.
Klu nk hlgkan tau 2 dtgkn mudarat or wtkan bdn kte nmpk pelik, MAKA haruslah kte biakan jew n ckp dgn bertaubat sama ade laki atau pown pmpn.
Ini pandangan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari.
Pandangan ini bertepatan firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)
Tp tatu itu wajib tanggalkan klu ade teknologi yg dpt tggalkn tatu 2 dgn mudah dan x memudaratkn.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kemampuannya.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)
X kire la kite dok kt zaman ape, tp etika berhias terbaek adelah pakaian takwa. Semoga dengan mengikut teladan terbaik iaitu Baginda Nabi SAW, membuatkan kita terselamat daripada segala kecintaan melebihi dari cinta kepada Baginda.

















