Thursday, January 20, 2011

JANGAN SALAHKAN CINTA

Hati manusia sangat fleksibel, tersentuh, mudah bimbang  tatkala takdir tidak sebulu dengan fitrah, tatkala diserang malapetaka  di luar dugaan resah bukan kepalang, akal separa waras. Bila keinginan  diharapkan menemani, datang pula bebanan menghantui. Kenapa, mengapa,  apa berlegar, berputar ligat membunuh daya mampu dan mahu. Mampu, dalam  erti kata berpecak silat menentang badai, dan mahu, berubah.

Berkali-kali kita diingatkan, manusia tidak sirna dari dugaan, sering diduga dan menduga. Tabi-'e alam, memang kita memerlukan antara satu sama lain, tiada siapa bisa  mendabik dada dia boleh hidup tanpa perlu kepada manusia lain, hatta  hartawan sendiri masih memerlukan khidmat orang bawahan, mengaji  mengurus dan sebagainya. Justeru itu, masalah akan ada di mana-mana  tanpa dipinta, cuma kita disarankan agar berhati-hati, sedia, sabar, dan  belajar dari masalah tersebut.

[B]Jodoh[/B], adalah hal berkaitan dengan fitrah, mahu tidak  mahu setiap daripada kita pasti dipaksa bergelumang meredah mehnah, suka  duka, jerih perih sebelum bahagia dalam rumahtangga direalitikan.  Manusia tidak selama-lama akan kebal, pasti ada satu saat dia akan  tunduk, jatuh. Oleh kerana itu, Islam mengajar agar kita tidak sombong  untuk belajar daripada alam, pengalaman, sirah buat pendinding kalis  kecewa, sengsara, dan lara. Kita kian tenang dalam damai ketika mencari  cinta Ilahi nan abadi.

[B]Kita mesti selalu jadi baik[/B], agar yang baik juga Allah  Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang  ditemui lebih baik lagi. Keluarga ibarat sebuah negara, suami ialah  seorang pemimpin menerajui sebuah kerajaan besar, tidak boleh dipandang  enteng. Berjaya atau tidak seorang suami itu dilihat berjaya atau tidak  anak buah di bawah jagaannya.

Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna,  melainkan ketidak-sempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama,  syari-'at aturan daripada al-Quran dan as-Sunnah. [B]Tiada apa yang sempurna[/B] dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

"Kali ini sudah dua kali peluang saya berikan, tapi abang masih tidak mahu berubah..." rintih seorang isteri bila mana tahu si suami main kayu tiga.

Kadangkala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal  sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada  pasangan di depan mata, hingga kita cuba membandingkan dengan insan  lain.

Salah kita juga, dulu bercinta bagaikan hilang waras  manusia normal, bibir hanya berbicara kebaikan pasangan sahaja, memuji  kecantikan pasangan. Bila dah akad, pasti kebaikan juga diharapkan,  namun panas tidak selalu sampai ke petang, bila ada step tersilap, maka mulalah persoalkan ini dan itu.

Cabaran hidup berkeluarga tidak seindah yang diimpikan,  khabar tidak seindah rupa. [B]Tidak boleh menjadi idealistik[/B]. Banyak  tanggungjawab harus dipikul, banyak keseronokan masa bujang yang  terpaksa dikorbankan, karenah anak-anak yang bisa menggugat kesabaran.  Bila dah berumahtangga suami isteri bukan sahaja berkongsi satu bilik,  satu katil, satu almari, tapi juga satu rasa, satu tanggungjawab.  Bebanan kewangan diatasi, dikoreksi bersama.

Di sini, cinta akan mekar berputik, kekurangan ada di  sebelah pasangan [B]dilengkapkan[/B] pasangan lain. Usia perkahwinan juga akan  melalui pra-matang, maka dalam tempoh demikian, terlalu banyak agenda  perlu dirangkumkan, apa patut didahulukan, dan mana patut dikemudiankan.

[B]SEBELUM KAHWIN[/B]

[B]Berusaha menjadi terbaik untuk mendapat yang terbaik[/B],  bukan menilai orang lain baik tapi diri sendiri tiada usaha menjadi  baik. Maka segalanya dilakukan dengan usaha dan niat yang ikhlas, niat  baik akan dipertemukan dengan takdir-Nya yang baik-baik. Kebaikan kita  dinilai oleh masa, kalau umur dah berginjak 20-25 tahun, tapi masih  bermain PSP, baca majalah mangga, belek komik bersiri, bukankah teramat  jauh untuk jadi baik.

Allah Taala berfirman, bermaksud: "...perempuan-perempuan  yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik  untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah  bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat)" (Surah An-Nur, 24:26)

Benar kita boleh berlakon, depan orang cerah perut ibu  mengandung, tapi sampai bila, [B]tembelang[/B] kalian pasti dapat dihidu, bila  dah kahwin semua itu sudah tiada lagi, kembali pada perwatakan  sebelumnya.

Kalian berhak memasang cita-cita, memiliki isteri mampu  menjaga pakaian dan makan minum, mendamba isteri rajin bertadarrus  al-Quran dan bertahajjud malam, isteri rajin dalam kerja-kerja dakwah,  mengimpikan isteri melahirkan zuriat soleh dan solehah, menginginkan  isteri berkongsi suka dan duka, kalian boleh buat demikian, tapi  sanggupkah kalian juga menjadi seperti apa seorang isteri harapkan,  menemani di kala tahajjud, menyediakan pakaian dan makan minum, menjadi  pemimpin baik buat dirinya dan anak-anak yang soleh dan solehah.

Mereka bertadabbur, dan memahami kalam Allah satu ini;

Allah Taala berfirman, bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan..." (Surah An-Nisaa', 4:34)

[B]Menetapkan niat untuk menjadi lelaki yang baik[/B] untuk  keluarganya serta hasrat untuk melahirkan generasi baru yang membawa  ad-Deen merupakan usaha yang murni. Sudah tentu usaha sedemikian  memerlukan keteguhan dan kecekalan serta usaha yang berterusan sambil  memohon pertolongan Ilahi. Niat yang baik akan menatijahkan hasil yang  baik.

Seorang lelaki menyukai perempuan yang mempunyai sedikit  sentuhan maskulin manakala perempuan yang akan menjadi isteri juga  menyukai lelaki yang mempunyai sentuhan feminin.

Ringkasnya, suami akan suka isteri yang boleh [B]berdikari[/B] menyelesaikan beberapa tugasan atau kerja-kerja yang selama ini  dilakukan oleh suami, manakala isteri juga menyukai suaminya sekali  sekala buat kerja rumah dan memasak untuk keluarga. Ada kalanya suami  memerlukan isteri membantunya dalam menyelesaikan kerja-kerja yang  selama ini suami yang lakukan, adakalanya si isteri memerlukan suami  untuk ringan tulang dalam hal berkaitan house-chores.

Tiadalah itu satu harapan yang melangit, melainkan rasa  ingin merealisasikan sesuatu yang sudah berkurangan dalam kehidupan  insan hari ini. Rasulullah s.a.w dalam kesibukannya berdakwah dan  menjadi penghulu ummat juga mampu memenuhi hak-hak keluarganya, dan  membina satu keluarga Islami yang bahagia, maka kita juga berusaha untuk  menjadi seperti baginda.

Saya tidak setuju kalian bercinta sebelum kahwin. [B]Cinta  tidak salah[/B], tapi masalah besar adalah orang bercinta, [B]salah meletakkan  harga sebuah cinta[/B]. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat  cinta.

Kebanyakan orang bercinta terbawa-bawa dengan khayalan cinta sehingga bersikap terlalu romantik. Bila berbual, banyak [B][I]control macho[/I][/B] sehingga tidak berani bercakap jujur dalam hal-hal tertentu. Bila  bercakap, banyak tipu dari memberitahu perkara yang sebenar. Bila  merancang, banyak manis dari yang pahit. Bila berjanji banyak hipokrit  dari realistik. Ini lumrah orang bercinta. Kerana itu, [B]elakkan mengenali  pasangan terlalu intim sebelum berkahwin[/B]. Dibimbangi, kalian terkejut  selepas berkahwin.

Sanggupkah kalian bercinta?


No comments:

Post a Comment